Kes 1MDB | Pendakwaan mahu rakaman audio dijadikan bukti

2022-11-15 0

Pendakwaan kes 1MDB pada Selasa memohon untuk mengemukakan rakaman audio bagi menyangkal pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa wang dideposit ke dalam akaun bank peribadinya itu adalah sumbangan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata rakaman audio itu yang didakwa perbualan antara Najib dan seorang pemimpin Timur Tengah, amat relevan bagi menyangkal pembelaan bekas Perdana Menteri itu.